Pantang larang ketika membuat tapai nasi di sarawak

Pantang larang ketika membuat tapai nasi di sarawak,pantang larang sarawak,resepi tapai nasi sarawak,resepi tapai sarawak,tapai nasi sarawak,apa pantang larang membuat tapai nasi,kesedapan tapai nasi sarawak,tapai nasi sedap,kesedapan tapai nasi

Tapai nasi sarawak
sumber gambar : google

Assallamulaikum….

Pantang larang ketika membuat tapai nasi di sarawak, saya tak tahu sama ada pantang larang ini sama dengan pantang larang membuat tapai nasi di semenanjung dan oleh kerana pada kali ini saya ingin berkongsi beberapa pantang larang yang orang sarawak ikuti dalam membuat tapai nasi, so saya kongsi yang orang sarawak amalkan

Yelah kan, time bulan ramadhan ni banyak penjual yang menjual tapai di baazar ramadhan, ada rasanya yang manis dan ada rasanya yang masam walaupun si penjual kata tapai tu tapai madu ! pelbagai versi nama tapai yang diorang berikan untuk menarik pelanggan membeli ..

Pantang larang dalam membuat tapai ni saya dengar dari arwah mak saya, sebab time kecik-kecik dulu arwah mak saya selalu membuat tapai untuk dimakan kami sekeluarga ,sama ada untuk sarapan pagi atau minum petang

OK ini dia pantang larang ketika membuat tapai nasi di sarawak

  • Tak boleh membuat tapai ketika datang haid/period (untuk wanita) dikhuatiri tapai tadi tidak menjadi
  • Budak-budak dilarang buat bising ketika proses membuat tapai dijalankan
  • Nasi yang telah digaul dengan ragi dan gula haruslah diletakkan dalam bilik,dan hanya si pembuat saja yang boleh masuk kedalam bilik tersebut,budak-budak tak boleh masuk
  • Tak boleh makan barang masam ketika proses membuat tapai kerana dikhuatiri akan mempengaruhi rasa tapai tadi

Pantang larang diatas memang masih ada kami di sarawak sekarang amalkan walaupun dunia dah moden, namun mungkin ada sebab tersendiri orang-orang tua terdahulu ada pantang larang sebegini,tapi tiada unsur spritual disitu…

Tapi yang pasti tapai memang sedap,lebih lebih lagi kalau time bulan ramadhan ni..

Nak makan dengan apa ? aiskrim ? makan begitu saja ? erm..

Ok itu saja perkongsian ringkas saya pasal makanan untuk kali ini….

sekian…



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge