Dari seorang blogger ke seorang perunding hartanah

Assallamulaikum…

Dari seorang blogger ke seorang perunding hartanah, dan itulah yang aku ingin kongsikan disini kali ini, aku plan nak kongsi cerita ni awal dah selepas aku memohon izin dari blogger tersebut untuk berkongsi status beliau ini di blog aku ini , namun oleh kerana kekakangan masa dan dan sibuk kerja aku terpaksa menangguhkan dulu perkongsian penuh manfaat ini, yelah kan kalau dah baru datang kerja semestinya penat kan ? so memang tak sempatlah nak buka netbook untuk tulis blog

 

Ok korang tahu siapa Mior hafis Mior ahmad ? ha beliau adalah pengasas dan penulis blog melastik bintang , siapa tak kenal pemilik blog ni memang nak kena smack down 3 kali hehehe

Sebelum ni aku selalu baca status facebook beliau yang selalu keluar kat newsfeed facebook aku, antara perkataan yang selalu beliau letak dalam status beliau adalah “izzue islam” “perunding hartanah kacak” dan bermacam lagi yang aku tak sempat nak taip kata sini

Mungkin perkataan itu agak nampak poyo bagi mereka yang tidak faham tentang selok belok dunia blogger, tapi bagi kami para blogger ni perkataan tersebut adalah rahsia pemikat dan salah satu strategi pemasaran yang berkesan, macam qu puteh dan terlajak laris

Ok penat aku membebel ni aku nak kongsikan status dari blogger melastik bintang di facebook bagaimana beliau dari seorang blogger menjadi perunding hartanah..


 

Sedikit Tentang Melastik Bintang
# Saya tak pernah terfikir untuk jadi Perunding Hartanah selepas kerjaya di O&G tamat.
——–
Saya merupakan seorang Senior Assistant Engineer di salah sebuah syarikat O&G dahulu. Saya buat keputusan meletakkan jawatan di syarikat O&G yang terletak di ampang itu pada 2012 atas sebab syarikat mengalami masalah kewangan.

 
Waktu itu memang terasa tertekan, takut dan risau kerana tiada sumber pendapatan tetap maklumlah sudah berhenti. Tidak seperti waktu berkerja di syarikat Oil & Gas dulu, boleh dikatakan gaji agak tinggi dan stabil, kononnya. Tapi saya tabahkan hati untuk ambil risiko untuk berhenti juga. Puas juga berbincang dengan orang rumah berkenaan keputusan saya untuk berhenti kerja. Tekad mencari pekerjaan lain selepas itu, tetapi tidak ada rezeki. Wang simpanan makin lama makin sedikit. Saya perlu cari ikhtiar secepat mungkin.

 
Akhirnya saya ambil keputusan untuk meneruskan kerjaya sebagai Penulis Blog sepenuh masa dan Social Media Influencer. Waktu berkerja dulu pun saya sudah berjinak dengan dunia blog.

 
Salah satu kerjaya yang dekat dengan hati saya dan saya ada passion yang tinggi terhadap dunia blog dan social media. Antara client yang pernah berkerjasama dengan saya ialah YTL, Celcom, Air Asia, Philips, Honda, Toyota, Petronas dll. Dan pernah memenangi 2 anugerah dalam penulisan blog. Alhamdulillah saya boleh survive tetapi tidaklah begitu mewah.
Dalam garisan waktu yang sama juga saya terlibat dalam dunia pelaburan hartanah sejak penghujung tahun 2011, menjadi pembantu kepada Abang Ensem di setiap seminar beliau. Sewaktu itu kami kenal atas tiket blogger.

 

Saya memang ZERO bab hartanah waktu itu. Sedikit demi sedikit ilmu saya perolehi dan berkesempatan bertemu ikon ikon hartanah seperti Shafie Bustan, Azizul Azli Ahmad, Hafiz Ejen Lelong Full, Ahyat Ishak, Faizul Ridzuan, Mohd Safuan dan ramai lagi.

 
# Betul, saya tak pernah terfikir akan menjadi perunding hartanah. KENAPA?
Sebab saya tak pernah minat dan tak pernah suka dalam bidang SALES dan melayan KARENAH manusia. Apatah lagi ingin menjual barang barang kerana saya kurang keyakinan diri sejak dulu lagi dan tak pandai menjual. Nak join MLM lagilah saya tak pandai.

 

 
# Sekarang, saya sudah terlibat sepenuhnya dalam bidang hartanah dimana ia melibatkan SALES & MARKETING. Dan saya SANGAT SELESA dengan kerjaya ini.
Saya ada ramai kenalan, saya ada banyak masa, saya ada banyak tanggungjawab, saya ada ramai sumber rujukan, saya ada masa menulis blog, saya ada masa menulis ebook, malah saya ADA BANYAK MASA BONDING DENGAN FAMILY. Flexible working hours, itulah yang saya cari.

 

 
Nak JUAL RUMAH? Banyak kali terfikir boleh ke ni ? Mampu ke ni ? Bukan perkara mudah dan bukan perkara yang sekejap. Tapi sifat WAS WAS itu yang buatkan saya tekad belajar selok belok dunia perunding hartanah.

 

 

Pelbagai cabaran dan dugaan yang harus ditempuhi oleh perunding hartanah sebenarnya, jika hati cekal dan tabah in syaa allah anda akan dapat harungi dunia perunding hartanah. Caci, maki, dipersalahkan, dimarahi, diperkotak katikkan itu semua asam garam yang perlu dilalui oleh perunding hartanah.

 
# Walau sejauh mana kita tak suka dengan sesuatu pekerjaan sampai satu masa akan timbul satu BEBAN yang akan memaksa anda melakukan perkara tersebut, beban tersebut ialah TANGGUNGJAWAB.
CINTA DATANGNYA DARI TANGGUNGJAWAB

 
Terima kasih pada sifu saya yang BUKA MINDA saya. Dan yang memberi sokongan juga keluarga yang memahami.
Dan rakan rakan SLKK
Khairul Ezuwan
Syahnaz Akhtar Mat Ali
Mohd Izami Bin Ahmad
Sydez Fadzil
Mohd Aslam
Naharul Irwan
Mohd Haffizzi
Shahkhairul Nizam Ramli
Eshamili Mohamad
Azilah Saidin

Sumber dari status facebook : blogger melastik bintang

blog boleh dilawati di melastikbintang.com


 

Dan terima kasih buat blogger melastik bintang kerana membenarkan aku berkongsi status facebook beliau disini, buat semua yang ada membaca tentang perkongsian ini ,kita ambil iktibar dari blogger melastik bintang sebab setiap usaha keras memang akan membuahkan hasil

Kadangkala kita tidak sedar sesuatu benda yang kita sebenarnya tidak minat bakal menghasilkan kejayaan buat kita,

Ok kita petik sekali lagi satu baris ayat dalam status diatas

Betul, saya tak pernah terfikir akan menjadi perunding hartanah. KENAPA?
Sebab saya tak pernah minat dan tak pernah suka dalam bidang SALES dan melayan KARENAH manusia. Apatah lagi ingin menjual barang barang kerana saya kurang keyakinan diri sejak dulu lagi dan tak pandai menjual. Nak join MLM lagilah saya tak pandai

 

Dan ini

Sekarang, saya sudah terlibat sepenuhnya dalam bidang hartanah dimana ia melibatkan SALES & MARKETING. Dan saya SANGAT SELESA dengan kerjaya ini.
Saya ada ramai kenalan, saya ada banyak masa, saya ada banyak tanggungjawab, saya ada ramai sumber rujukan, saya ada masa menulis blog, saya ada masa menulis ebook, malah saya ADA BANYAK MASA BONDING DENGAN FAMILY. Flexible working hours, itulah yang saya cari

Ya kita dapat manfaat dari status beliau, kita boleh belajar banyak perkara

Antaranya, kalau kita tidak minat satu perkara yang sebenarnya ianya baik untuk diri kita, kita mesti belajar untuk menyukainya, kalau kita tiada ilmu kita cari ilmu, zaman sekarang ni ilmu senang di cari, hanya kita sendiri yang buat keputusan untuk ya atau tidak

Sekian…



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge