Benarkah orang melayu pemalas ?

image

Benarkah dakwaan orang melayu pemalas ? Adakah ianya sekadar mitos atau memang benar ianya berlaku ?

Assallamualaikum…

Orang melayu pemalas  ,satu ungkapan yang sungguh kurang ajar ya memang kurang ajar sebab ianya diungkapkan oleh bangsa melayu sendiri, bukan bangsa lain..

Kenapa ?

Penularan wabak orang melayu pemalas telah berlaku ratusan tahun ,dimana selepas kejatuhan empayar melayu teragung di dunia iaitu melaka

Perkataan melayu pemalas ni haruslah    dihentikan serta merta sebab ianya adalah punca orang melayu lemah dan tiada motivasi diri

Bangsa pertama yang harus menghentikan perkataan ini adalah bangsa melayu sendiri, dimana semangat juang jati diri melayu yang dikagumi dizaman silam lemah dengan perkataan orang melayu pemalas ini

Identiti kemelayuan harus diserlah dengan membuktikan kepada bangsa lain tentang keagungan bangsa melayu

Benarkah orang melayu pemalas ?

Kenapa perkataan orang melayu pemalas banyak tertumpu kepada bangsa melayu di malaysia saja ? Sebenarnya orang melayu di malaysia tidak pemalas , orang melayu malaysia dilemahkan oleh para penjajah yang selama ini mempunyai rancangan dan agenda mereka sendiri

Kenapa ? Kerana orang melayu malaysia boleh menjadi bangsa melayu teragung di dunia sama seperti bangsa melayu pada zaman empayar agung melaka

Penjajah tidak mahu bangsa melayu menguasai dunia, kerana jika bangsa melayu malaysia menguasai dunia maka seluruh bangsa melayu didunia akan bergabung menjadi bangsa paling berkuasa didunia

Kebanyakan orang melayu di malaysia beragama isĺam ,jika bangsa melayu malaysia menguasai dunia maka secara automatik islam akan kembali menguasai dunia

Barat dan yahudi (penjajah) tidak mahu islam menguasai dunia ,sampai sekarang mereka masih menguasai pemikiran orang melayu dan melemahkan semangat jati diri orang melayu, sebab jika melayu bangkit seluruh bangsa melayu didunia dan para penganut islam diseluruh dunia akan bersatu

Maaf, orang melayu bukan bangsa pemalas !



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge