Kenapa rakyat malaysia suka kerja di singapura ?

Kenapa rakyat malaysia suka kerja di singapura sedangkan kerja disana lebih kurang jer sama dengan kerja di dalam malaysia sendiri

Kenapa rakyat malaysia suka kerja di singapura , kerja kosong disingapura,kerja disingapura gaji kerja disingapura,kenapa perlu kerja disingapura,zahid hamidi,zahid hamidi celaka,zahid hamidi babi,zahid hamidi rasuah,umno celaka,bn celaka,kerja disingapura

Assallamualaikum….

Bila kita lihat cabaran zahid hamidi buat belia di negara ini adakah belia di negara ini sanggup ceburi bidang yang selama ini diceburi oleh warga asing seperti cuci longkang,kutip buah,bina bangunan ,tapi zahid hamidi tidak sedar kenapa ramai rakyat malaysia yang tidak tahan berkerja disektor yang telah diceburi oleh warga asing di negara ini, bukan sebab kerja itu kotor,berpanas,tidak standart dan sebagainya tapi sebenarnya tidak berbaloi…

Tidak berbaloi ? ya jawapan saya tidak berbaloi…

Ok kita kembali kepada tajuk artikel kenapa rakyat malaysia malaysia suka kerja di singapura ? sedangkan sektor yang rakyat malaysia kerja disana lebih kurang sama dengan kerja yang yang ada dimalaysia, seperti cuci pinggan,kerja kilang,cuci bangunan, cuci longkang,kerja supermarket,kerja kilang dan persoalanya kenapa rakyat malaysia sebahagian ramai yang pergi kesana ?

Faktor yang menyumbang kepada rakyat malaysia yang suka berkerja disingapura adalah faktor gaji, gaji ? ya gaji..

Tahukah anda yang gaji kerja sebagai waiter / waiteress / kitchen assistant di singapura iailah RM 3,000- RM 4,000 sama besar dengan gaji guru lepasan ijazah di malaysia ? itu baru waiter / waiteress / kitchen assistant belum lagi cuci pinggan,kerja kilang,cuci bangunan, cuci longkang,kerja supermarket,kerja kilang, entah berapa ribu dia bagi

Sedangkan kerja tersebut banyak kekosongan di malaysia, namun gaji yang diberikan dimalaysia tidak berbaloi dengan keadaan dan situasi masa kini dimalaysia, bayangkan gaji kerja supermarket RM 800 – RM 1200, korang rasa cukup ker ? cuba senaraikan barang yang korang beli setiap bulan dengan gaji tersebut, ditambah lagi kenaikan harga barang yang disebabkan GST yang dikuatkuasakan oleh kerajaan baru-baru ini, mana cukup gaji sebanyak tu, kalau korang cakap cukup memang boleh hantuk kepala dekat dinding

Adakah belia di malaysia ni memilih kerja dan pemalas ? no ! tidak, mereka nak kerja yang berbaloi dengan daya usaha mereka berkerja, bayangkan korang berkerja berpanas terik tapi upah tidak munasabah dengan penat lelah korang ?

Ya kita boleh kerja lain ,ambil 2 atau 3 kerja berlainan (seperti saranan ahmad maslan) tapi kena ada masa untuk keluarga jugak, badan kita ni bukannya robot

Faktor belia pemalas adalah tidak boleh diterima langsung !

Kehadiran berjuta perkerja warga asing dinegara ini bukan disebabkan belia yang pemalas, akan tetapi disebabkan majikan nak untung lebih dan nak kaya cepat, sebab ???

Sebab gaji perkerja asing boleh dibayar murah, so para majikan takdelah rugi sangat keluar kos untuk bayar gaji perkerja asing, berbanding perkerja tempatan yang nak gaji lebih besar

Kita tahukan ? perkerja asing yang datang kenegara kita untuk berkerja sebenarnya komitmen mereka hanya untuk berkerja sahaja, biarpun dibayar gaji murah sekalipun, sebab bila duit hasil gaji mereka (matawang malaysia walaupun dah sedikit jatuh) bila dikirim kenegara asal mereka,ianya akan convert menjadi lebih besar dan bernilai

Perkerja asing yang berkerja di malaysia,mereka tinggalkan anak bini,ahli keluarga mereka dinegara asal hanya untuk berkerja disini, jadi komitment mereka hanya berkerja untuk dapat duit walaupun gaji kecil, ambil separuh untuk beli pakaian dan makanan dan belanja lain selebihnya simpan untuk dikirim kepada keluarga mereka dinegara asal

Rakyat kita ? mereka ada komitment lain, anak bini,bayar kereta yang mahal,bayar rumah yang dikatakan mampu milik (tapi takde pun mampu milik), nak bawa anak bini tengok wayang bila ada kelapangan, bayar ansuran motorsikal,nak beli pampers anak,beli susu anak lagi,belanja anak sekolah lagi,beli baju sekolah anak lagi,beli reload, bayar bil api,bil air,beli kasut anak lagi korang rasa cukup ker gaji tu ?

Sedangkan cikgu yang gaji RM 3,000 pun terpaksa buat kuih, jual minyak wangi untuk tampung perbelanjaan inikan pula mereka yang gaji RM 800 – RM 1200 yang berkerja bermandikan peluh keringat

Zahid hamidi dan korang semua, Kenapa rakyat malaysia suka kerja di singapura ? kenapa ? sedangkan sektor dia sama jer dengan yang ada dimalaysia ? korang nak tahu jawapan ? korang baca balik apa yang aku tulis kat atas tu..

Viralkan kalau mampu…

Mungkin yang hidup bujang rasa gaji RM 800- RM 1200 tu cukup, tapi bagi aku yang belum khawin ni pun gaji tersebut tak cukup weii

 



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge