Syarat Kemasukan Institut Pendidikan Guru (IPG) 2016

Borang permohonan Kursus Maktab Perguruan IPG 2016 secara online

Borang permohonan Kursus Maktab Perguruan IPG 2016 secara online.

Berita baik untuk korang semua bahawa KPM mempelawa pelajar lepasan SPM yang berminat untuk mengikuti pengajian di Institut Pendidikan Guru (IPG) bagi sesi Jun 2016. Mana-mana calon yang berminat untuk mengikuti pengajian ini boleh terus mengemukakan permohonan melalui online

Untuk kemasukan bagi sesi Jun 2016 dijangka pada pertengahan bulan Mac 2016 atau selepas keputusan SPM 2015 diumumkan keluar. Berikut adalah cara permohonan maktab perguruan IPG 2016.

Fakta Penting Yang Harus Korang Tahu Mengenai Institut Pendidikan Guru IPG 2016

  • Program Perguruan Lepasan SPM (PPISPM) sebelum ini sudah dimansuhkan dan kini digantikan dengan program Institut Pendidikan Guru (IPG) bagi lepasan SPM
  • Program KPLI atau Kursus Perguruan Lepasan Ijazah yang beberapa tahun lepas menjadi pilihan para lepasan ijazah tidak lagi ditawarkan atau tidak akan dibuka kepada umum khususnya kepada golongan yang mempunyai Ijazah bukan dari bidang pendidikan.
  • Sebelum  korang layak untuk menjadi guru, Korang  wajib menjalani panggilan temuduga bagi menduduki Ujian Kecenderungan Calon Guru (UKCG) bagi memastikan calon benar-benar layak mengikuti kursus perguruan.

Borang Institut Pendidikan Guru (IPG) 2016 Online

Korang boleh layari http://www.moe.gov.my dari masa ke semasa.

Syarat Kemasukan Institut Pendidikan Guru (IPG) 2016

  • Warganegara Malaysia.
  • Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2016 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 1996.
  • Calon mesti sihat tubuh badan.
  • Calon mesti aktif dalam kegiatan kokurikulum.
  • Calon mendapat gred cemerlang. Makluman Gred cemerlang merangkumi gred A-, A dan A+ dalam mana-mana lima (5) mata pelajaran di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

 

Sumber asal maklumat : melvister



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge