Akibat terlalu degil Hah ! balasan

dsc_2872-01

Assallamualaikum….

Kenapa manusia seorang ni degil ? degil tak dengar cakap, bila dinasihati kita diejek nya pulak

Entah lah, nak kata umur muda lagi usia dah 50 dah

Mungkin kerana dia lebih tua dari kami dia jadi manusia degil , dia beranggapan kami yang lebih muda dari dia tak layak nak nasihat dan bagi teguran pada dia, sesiapa pun yang buat salah tak kira tua atau muda kalau buat salah wajib ditegur dan mereka yang berkenaan wajib menerima teguran

Perbuatan menegur kesalahan orang yang lebih tua dari kita, bukanlah dianggap kurang ajar dan tak beradab itu point penting disini

Biarlah berapa umur kita sekalipun janganlah kita menjadi manusia degil ,dengarlah arahan nasihat dari ketua kita walaupun mereka muda 23 tahun dari kita

Kita sendiri akan dapat susah, degil tak nak dengar kata tak ikut peraturan ketika kerja

sayur yang masih bagus di suruh write off, budak muda dari dia bagi nasihat dia tak nak dengar, hah kan dah mendapat, nasib baik tak dibuang kerja ! tapi sadis kena tukar department

Pengajaran akibat jadi manusia degil

P/s : gambar burung kat atas tu sesaja aku letak sebagai penghias entri, tapi kena ingat kalau kita degil kita akan keseorangan macam burung dalam gambar tu

 



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge