Anis coffee di summer mall kota samarahan

Assallamulaikum….

Anis coffee di summer mall kota samarahan

Anis coffee, siapa yang pernah merasai minum apa saja perisa minuman dari anis coffee ? ya pembukaan anis coffee di area kuching dan samarahan sebenarnya masih lagi baru, mungkin orang kuching samarahan belum kenal lagi anis coffee sebab ianya masih lagi baru malahan ianya belum lagi popular dikawasan kuching samarahan ini

Ok bercerita pasal anis coffee ni, aku dan mr hanafi ( team hero borneo) pergi ke premis tempat anis coffee ni memulakan operasi, biasalah orang kuat hero borneo iaitu mr hanafi memang pandai kalau bab soal jawab dan temuramah dan aku macam biasalah photografer rasmi team hero borneo, kalau ada soalan aku akan tanya jugak , dan petang tu aku tak ada idea sangat nak menyoal (sebab tak lama baru bangun dari tidur hehhe)

So petang ku kita jumpa agen yang jual anis coffee ni di summer mall, iaitu Puan Farah dan adik beliau

Kalau nak tahu agen (francais) yang jual anis coffee ni digelar sebagai barista ( aku tak faham maksud barista ni hehhe,nasib baik mr hanafi kasi tahu melalui whatapps)

image

Puan Farah , Barista (agen yang jual anis coffee)

 

 

image

Pelbagai Perisa Boleh Didapati

Ok ketika menemu bual Puan Farah, banyak yang kami ketahui tentang anis coffee ni, yelahkan sebelum ni kita hanya dengar nama melalui internet, terutamanya facebook

wp-1473166348690.jpeg

Perisa dalam bungkusan

Antara yang utama adalah, setiap agen yang menjual anis coffee digelar barista, ianya seumpama francais, Menurut Puan Farah setiap bancuhan produk anis coffee mesti mempunyai kandungan dan sukatan yang sama ianya tidak boleh lari dari kandungan dan sukatan yang ditetapkan ,malah rasa mesti sama, so kalau yang yang dah merasa minum anis coffee di semenanjung ,apa rasa anis coffee yang korang minum dekat semenanjung ,rasa yang sama jugak yang korang  minum bila membelinya di sarawak

So, ini bermakna anis coffee memang menitikberatkan kualiti untuk produk yang mereka hasilkan,malah apa yang aku perhatikan disiplin amat penting jika ingin menjadi agen anis coffee

Selain itu juga, produk anis coffee sudah diperakui dan mendapat sijil halal dari jakim dan yang paling menarik adalah perisa anis coffee ni adalah 100 % buatan tempatan dan mereka mempunyai kilang mereka yang tersendiri

Perisa yang dikeluarkan oleh anis coffee untuk agen mereka juga adalah original, dan bukan jenis produk yang dipek semula,malah anis coffee lansung tiada mempunyai perasa tiruan

Setakat ini,operasi anis coffee di summer mall mendapat sambutan dari penduduk sekitar samarahan, masa yang paling ramai pelanggan adalah pada waktu rehat waktu petang

Menurut Puan Farah Lagi,  pelan jangka masa panjang mereka adalah untuk menambah cawangan di sekitar kuching dan samarahan, samarahan adalah tempat untuk menguji market anis coffee ini, sebab di kuching dan samarahan anis coffe ni belum lagi popular tapi di miri sarawak anis coffee ni dah mula terkenal

Tapi ada satu yang menarik lagi pasal anis coffee, pengasas anis coffee selain mempunyai bisnes anis coffee ,mereka juga mempunyai bisnes anis cake, dengan taq line ‘Made From The Heart’ anis coffee berjaya mempunyai repustasi sendiri di seluruh negara

image

Adik Puan Farah Sedang Membancuh Minuman Anis Coffee

image

Skill menyediakan minuman lazat pasti ada

Perisa yang mana popular ?

image

Dua Perisa yang popular

Perisa anis coffee yang popular adalah Coklat dan Green Tea, Aku dari awal memang dah meleleh air iur sebab nak minum anis coffee ni, Mr hanafi memang dah ditahap berbuih dah kot hehhe,dan Mr hanafi mengoder dua perisa yang popular ini sebab ingin merasa salah bertapa sedapnya minuman ini,dan alhamdulillah tiada bayaran dikenakan untuk kami mencuba minuman ini (moga lagi murah rezeki Puan Farah)

Mr Hanafi memilih untuk mengambil coklat,manakala aku memilih untuk mengambil green tea

image

Coklat pilihan Mr hanafi

image

Green tea sudah tentu pilihan aku

 

Aku pun mencuba minum Green tea anis coffee ni, fuh memang sedap dan berbaloi RM 6.00 yang korang bayar untuk minuman ini, terus terang aku cakap kalau neelofa datang menggoda aku dengan senyuman paling seksi pun aku tak pandang, apatah lagi nora danish,tasha shila diorang buat lah apa pun depan aku pun aku tak akan pandang sebab aku asyik menikmati Green tea anis coffee ni, memang superb lah beb ! jom beli !

Ok selain itu juga Anis coffee samarahan juga menyediakan penghantaran ke rumah, jika korang malas nak berjalan ke apa

Korang boleh hubungi whatsapp

Puan Farah di No : 013-824-9924

Atau

Anie 0138102305
Ein 0138249924
Ujang 016 8172691

Waktu penghantaran. Tertakluk kepada kawasan.

Facebook : anis coffee samarahan

Facebook Puan Farah : Puan farah ein

 

Harga adalah RM 6.00 perpack ! wau !!! berbaloi

Ok kalau nak baca tentang perisa coklat anis coffee boleh baca di blog mr hanafi : anis coffee takluki kota samarahan



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge