Kenapa perlu menonton filem Desolasi (2016)

desolasi

Assallamualikum…

 

Kenapa perlu menonton Filem Desolasi ni ? apa best sangat tentang filem ni ? apa yang aku kata adalah wauuu !! korang mesti dan mesti menonton filem ini

 

Filem Desolasi adalah buah tangan terbaru Syafiq Yusof, yang mana sebelum ini Syafiq Yusof telah menghidangkan kita dengan dua filem hebat nya iaitu SAM dan ABANG LONG FADIL, tenyata kali ini hasil kreativiti anak Datuk Yusof ini memang akan membuatkan para penonton teruja, mana tidak teruja tengok pada trailer saja dah rasa nak pergi pawagam padahal filem ni hanya akan ditayangkan pada 8 disember 2016 ( itupun kalau tiada penangguhan)

Orait ni pulak pasal  Sinopsis Desolasi (2016)

poster-desolasi

Sinopsis Desolasi (2016)

 

 

TAJUK : DESOLASI
KLASIFIKASI : P13
GENRE : Fiksyen Sains / Ngeri
TARIKH TAYANGAN : 8 Disember 2016
PENGARAH : Syafiq Yusof
TERBITAN : Skop Productions Sdn Bhd
PELAKON : Syamsul Yusof, Bella Dally, Pekin Ibrahim, Dato Jalaluddin Hassan, Aida Khalidah, Jacky Kam, C.Kumaresen, Siraj Sheikh Alsagoff

 

 

FOTOGRAFI : Azami Alias
PENATA SENI : Ridzuan Bin Mat Hussain
PENYELIA KESAN KHAS : Dinie Shuhaimi
PENATA MUZIK & BUNTI : Imaginex Sdn Bhd
PENOLONG PENGARAH : Shake Al Walled / Raja Daniel Matiin
PENERBIT : Datuk Yusof Haslam

 

 

SINOPSIS DESOLASI
Mengisahkan mengenai Aiman seorang pelukis remaja yang mencari jawapan dalam persoalan kehidupan selepas melalui pelbagai ujian dan dugaan dalam kehidupan sehariannya sehingga membuatkan dirinya hilang arah. Masalah demi masalah yang dihadapinya telah membuatkannya bertengkar dengan ayahnya. Satu hari, Aiman berdoa agar semua masalahnya hilang dan keesokan harinya, selepas bangun dari tidur, dia mendapati semua manusia sudah lenyap. Ia sekali gus memberi peluang kepada Aiman untuk melakukan pelbagai perkara yang ingin dilakukannya tanpa perlu berfikir panjang. Dalam pada itu, Aiman juga mencari jawapan kepada kehidupan dan persoalan terhadap apa yang dicarinya selama ini.

 

Dan ni pulak trailer dia

VIDEO TRAILER 

 

Dan ni pulak lagu tema dia

LAGU TEMA 
LAGU TEMA / OST FILEM DESOLASI
Tajuk : Bukan Propaganda
Artis : Syamsul Yusof & Mawi
Komposer Y Lirik : Syamsul Yusof

 

 

Jangan lupa eh..8 disember ni huhu



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge