Ada apa dengan Celcom Xpax Turbo

Assallamualaikum…

Kali ini aku review dengan perasaan sakit hati yang amat sangat, bukan apa dah hampir setahun aku tak guna dan langgan services internet celcom (sebab aku guna TM go broadband), kelmarin tanpa rasa bersalah (biasalah kalau mood offday) maka aku pun terpandang satu sim kad Xpax Turbo ni salah sebuah kedai aku pun dengan niat hati murni memang membeli dengan tujuan untuk review pada blog almaklumlah blog lama tak update,

 

Korang nampak tak ? dekat gambar diatas tu berapa harga dia ? RM 10.00 kan ? korang tahu berapa aku perlu bayar pada kedai tu ? RM 20 oh shit ! cekik darah betul kedai tu !

Apa yang best pasal Xpax Turbo ni ??

Kalau korang tengok gambar tu, dia ada percuma 10 GB burung hantu, tak tahulah burung siapa yang naik hantu lepas ni kan…( kaki blue memang suka burung hantu ni)

Dan dia ada percuma 10 GB internet asas serta 10 GB facebook

Plan internet yang Xpax Turbo ini tawarkan adalah….

  • RM 3 = 1 GB untuk 1 hari
  • RM 10 = 2 GB untuk 1 minggu
  • RM 30 = 5 GB untuk 1 bulan
  • RM 50 = 10 GB untuk 1 bulan

Yap ianya cukup murah dan murah, laju pun laju….tapi…

Ada tapi nya ,celcom harus menaik taraf setiap pemancar gelombang radio 4g dan 3g dia di mana-mana kawasan sebab keadaan internet yang sekejap laju sekejap tak,sekejap tak boleh akses

Dan ini boleh merugikan pelanggan, walaupun service dah cukup murah ,namun keadaan liputan rangkaian macam taik pun tak guna jugak..

Orang macam aku yang dah lama pakai TM GO BROABAND dengan keadaan internet yang cukup laju,bila pakai CELCOM XPAX TURBO ni dah terasa nak hantu kepala pada simen, nasib baik aku ni masih normal lagi hahah

Ok ..apa-apa pun celcom harus perbaiki liputan rangkaian dia,kalau tak pelanggan lari..

 



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge