Jangan makan aiskrim kelapa di lalele summer mall

Assalamualaikum…

Aiskrim kelapa di lalele summer mall samarahan , jangan korang try nak makan aiskrim ni itu jer amaran dari aku. sebab apa ? mestilah ada sebab dia kan ? ok sebelum aku jelaskan sebab dia aku mintak korang viralkan dulu benda ni, kalau tidak….

 

 

Ok hari ni adalah hari gembira buat aku, bila mana bangun pagi-pagi mood aku terus down,al maklumlah nak hujung bulan..aku tanpa di duga terus log in akaun ambank mana tahu Br1m masuk ke apa ke dan tanpa di duga bonus dari kompeni pulak yang masuk, aku pada masa tu terus menari gangnam style di atas katil.

 

 

Lepas tu aku pun shooping cari kasut baru, sebab kasut lama aku dah jahanam dan berlubang kat bawah tapak dia, so tanpa bersalah aku pun beli kasut baru berjenama XES, time tahun baru cina ni dia ada offer RM 69.90 jer sebab harga asal dia RM 100 lebih..perghh

 

 

Habis shooping kasut baru aku pun singgah sekejap ke kedai aiskrim kelapa lalele di summer mall, dengan langkah slow motion aku terus  mengoder hard coconut ice cream singnature dengan harga RM 7.90, ada pilihan lain sebenarnya tapi aku nak jugak yang special ni sebab kita boleh pilih 3 dari 7 toping yang disediakan ,aku pilih corn,longan dan kacang (lupak pulak aku ada gout, kena makan ubat lepas ni)

 

Selain itu keadaan dalam kedai ni memang best, sesuai untuk ajak teman wanita dating ke apa hehhehe

 

boleh tengok gambar yang aku snap kat bawah…

Ok ini hard coconut ice cream singnature yang aku order tadi dan yang uniknya tempurung kelapa itu sendiri dijadikan sebagai mangkuk aiskrim ni.., korang nak tahu apa yang aku rasa dan kenapa aku larang korang makan aiskrim ni setelah aku merasainya ? ok layan dulu gambar ni..

Dah puas tengok gambar dari tepi ?? nak korang tengok gambar dari dekat pulak..

Ha, aku pun selesai makan aiskrim ni, korang nak tahu sebab apa ak larang korang makan aiskrim ni ? sebab aiskrim ni sedap gilerr weiii..,

 

selepas habis makan aiskrim ni aku rasa nak order lagi, tapi oleh kerana aku masih dalam merancang bajet so, aku terus chow selepas makan habis aiskrim tadi, bukan apa nanti habis makan order lagi dan lagi tak ke naya

Kan ? korang tengok gambar ni habis licin aku bedal

Kalau korang nak merasa aiskrim kelapa korang boleh singgah di lalele di summer mall kota samarahan, rugi weii kalau tak cuba..yummy..

sekian..



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge