Harga Minyak Turun Lagi

Assalamualaikum…

Berikut adalah tentang berita harga terkini RON95 RON97 dan Diesel bermula bulan April 2017
Kerajaan malaysia telah mengumumkan bahawa harga siling minyak akan dikemaskini secara mingguan pada setiap hari Rabu bermula 30 Mac 2017.

Dengan pengemaskinian secara minggguan ianya membolehkan kita merancang harga minyak dengan lebih efisen ye tak ( tangan di bahu mata keatas )

Maka dengan itu setiap harga baru minyak akan diumumkan setiap minggu dan ianya akan mula berkuatkuasa mulai hari ini khamis 30 march 2017.

Berdasarkan apa yang pihak KPNKK umumkan harga baru bagi minyak RON95 adalah RM2.13 seliter manakala RON97 RM2.41 Seliter dan Diesel RM2.11 Seliter dan ianya akan bermula hari ini

Minyak RON95 turun harga sebanyak 17 sen, manakala RON97 turun sebanyak 19 sen manakala Diesel turun sedikit sahaja iaitu sebanyak 9 Sen.penuruanan harga minyak ni sah sehingga 5 April 2017.

ERm beli minyak banyak banyak untuk minggu ni…



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge