Jom Tonton Drama Shhh… I Love You (TV3)

Assallamualaikum…
Wah lama dah blog ni rehat pasal drama kan ? agak lama sebab aku sekarang agak busy kerja, so takda masa nak tengok tv tengok blog dan sebagainya..ok
 Ok ni drama terbaru TV3 yang bakal mungkin meletop kebobom , drama ini adalah adaptasi novel  yang bertajuk Shhh… I Love You hasil karya Farisya Natasha yang bakal disiarkan untuk mengisi slot Akasia TV3.

Drama ini adalah sebuah drama terbitan Primeworks Studios Sdn Bhd sendiri yang dimana ianya dibawah arahan pengarah terkenal Nizam Zakaria.

Drama ini bakal menyaksikan gandingan pelakon kontroversi iaitu  Gambit Saifullah dan bergandingan dengan pelakon Elvina Mohamad sebagai pelakon utama. Drama ini akan mula  ditayangkan pada 3 April 2017 ini, ianya akan disiarkan pada setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 6.58 petang di TV3.

Berikut judul drama dan tarikh tayangan

JUDUL : SHHH… I LOVE YOU

EPISOD : 28 episod
TARIKH TAYANGAN : 3 April 2017
HARI / MASA : Isnin-Khamis, 6.58 petang
SIARAN : Slot Akasia TV3
PENULIS NOVEL : Farisya Natasha
PENGARAH : Nizam Zakaria
TERBITAN : Primeworks Studios Sdn Bhd
PELAKON : Gambit Saifullah, Elvina Mohamad, Hafreez Adam, Bella Nazari, Tash Yong, Aien Zahalan, Hani Nazrina, Nafiez Zaidi, Fikhree Bakar, Adeline Tsen, Nafiez Zaidi, Leeza Zain, Kamsani Ismail,Ishak Hasimi,Mr Hanafi

WATAK PELAKON DRAMA SHHH I LOVE YOU
 

Gambit Saifullah sebagai Kapten Aidan
Elvina Mohamad sebagai Nur Nadia Omar
Tash Yong sebagai Sumayyah
Hafreez Adam sebagai Naufal
Aien Zahalan sebagai Diana
Hani Nazrina sebagai Ain
Bella Nazari sebagai Sumaira
Ishak Hasimi sebagai Datuk Ishak
Mr Hanafi sebagai Tan sri Hanafi

SINOPSIS PENUH DRAMA SHHH I LOVE YOU
Kisah Nadia dan Aidan yang berjumpa pertama kali di kedai dan ingin dijodohkan oleh adik-adiknya. Perkenalan yang singkat membuatkan Aidan nekad untuk menjaga Nadia kerana ada suatu rahsia disebaliknya.

Nadia sebenarnya sebelum ini merupakan pesakit jantung dan kini memiliki jantung bekas tunang Aidan yang sudah tiada. Dan kerana itu, Aidan mengahwini Nadia tanpa ada perasaan cinta.

Kemelut melanda apabila segala rahsia terbongkar. Nadia cuba meraih cinta Aidan. Mampukah rumah tangga mereka bertahan?

GAMBAR PELAKON DRAMA SHHH I LOVE YOU

Jangan lupa menonton Drama Shhh… I Love You (TV3)



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge