Membeli Jam SKMEI 0931 di Lazada

Assallamualaikum…

Membeli Jam SKMEI 0931 di Lazada pada hari selasa minggu lepas dan datang pada hari rabu ( semalam, kira ambik masa seminggu baru sampai sebab ianya dari overseas) sungguh mengujakan sebab ini pertama kali aku membeli jam tangan secara online

jam tangan ini amat murah dan bergaya, so banyak pilihan warna sebenarnya tapi aku telah memilih warna oren huhu

Kenapa aku memilih untuk membeli jam secara online kali ini ? banyak jam dekat summer mall  kenapa aku tak beli terus kat sana ? sebab kat sana banyak yang tiruan dan SKMEI tak ada jual kat sana.

hehe aku mulanya tak tahu tentang jenama SKMEI ni, aku main bedal jer beli sebab aku tengok jenama dia lain dari yang lain, so aku dah bayar baru nak gatal buat research dan rupanya jenama SKMEI ni pun bukan jenama sebarangan walau harga dia murah namun kualiti dia perghh..!!!!

Lagi pun jam SKMEI ni mempunyai JAPAN MOVT , JAPAN MOVT ni bermaksud enjin jam ni adalah buatan jepun manakala casing dia dibuat di china, so para penggemar jam mungkin tahu perkara ni

 

Berapa harga dia ?  Murah jer..RM 39.40 hehe..

Ok sekian..



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge