Tampar David Teo, Siapa Kurang Ajar ?

 

Assallamualaikum….

Tampar david teo, siapa kurang ajar ?  disini ingin aku memberi ulasan kepada isu beberapa hari lepas dimana kes penerbit david teo ditampar dihadapan perdana menteri oleh mat over atau nama sebenar sulaiman yassin

 

Bagi aku adalah tidak adil para netizen mengatakan yang david teo bersikap kurang ajar dihadapan perdana menteri, yang kurang ajar adalah mat over ( sulaiman yassin) sebab beliau tidak patut berbuat sedemikian sebab david teo tidak mengeluarkan kata kata kesat seperti menyumpah dan sebagainya, tetapi hanya mempersoalkan tindakan moderator iaitu rosyam nor yang mana fokus kepada suatu tempat sahaja

 

Dan tindakan rosyam nor yang lebih memburukan keadaan adalah ianya berkata sebegini pada perdana menteri..

 

” dia memang kurang ajar dato seri”

 

Adakah patut rosyam nor berkata sedemikian ?

 

tidak patut..bagi aku tidak patut..

 

Adakah rosyam nor layak menjadi moderator ?

 

Selepas insiden ini rosyam nor memang tidak layak lansung menjadi moderator, aku rasa untuk program seperti ini aznil saja yang layak sebab beliau pandai mengawal situasi

 

Dan kalau aznil nawawi yang jadi moderator tempoh hari, aku yakin tak akan ada insiden tampar menampar menampar punya

 

Sulaiman yassin a.k.a Mat over tunjuk hero depan perdana menteri

 

Bagi aku, mat over ni memang sesaja nak tunjuk hero depan perdana menteri, dan kalau dilihat pada dari beberapa sudut rakaman video david teo ditampar oleh mat over, aku syak rakaman tersebut seolah disengajakan  oleh sesetengah pihak , rakaman itu seolah-olah david teo orang paling bersalah

 

Tapi kita semua ni ada otak untuk menilai, dan bagi aku david teo tidak kurang ajar namun sulaiman yassin a.k.a mat over yang kurang ajar bertindak merosakan majlis

 

Ok sekian itu saja dari aku…

 

 

 

 

 

 



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge